LATEST

Pemain juga perlukan rehat – Safee

Pemain juga perlukan rehat – Safee

PETALING JAYA: Ketiadaan beberapa tonggak utama dalam skuad Harimau Malaya ketika tugasan sebelum ini tidak wajar dijadikan isu kerana ia harus dilihat daripada perspektif berbeza demi kebaikan skuad kebangsaan.

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali menjelaskan banyak perkara yang harus diambil kira, antaranya faktor jadual padat, kecederaan dan keperluan pemain untuk mendapatkan rehat mencukupi.

Baca juga: Penduduk Felda Keratong 6, 7 kini nikmati bekalan air stabil

“Bagi saya mungkin pemain merasakan jadual antarabangsa dan kelab terlalu padat. Mungkin ada sedikit kecederaan dan juga ada yang mahukan sedikit rehat untuk lebih segar bagi pasukan kelab dan kebangsaan.

“Bagi saya, tiada masalah mengenai perkara itu. Sekurang-kurangnya kita juga dapat memberikan ruang kepada pemain-pemain muda lain untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan,” katanya.

Dalam dua aksi persahabatan menentang China dan Yaman sebelum ini, Harimau Malaya yang dilatih Tan Cheng Hoe mula memperlihatkan petanda positif malah boleh dianggap berjaya mencapai objektif yang diharapkan.

Paling mencuri perhatian pastinya Richard Chin yang menghasilkan kedua-dua gol buat skuad negara ketika kalahkan Yaman, malah Cheng Hoe juga melabel pemain Ross County itu sebagai aset penting kepada pasukan kebangsaan.

Walaupun tanpa kelibat beberapa tonggak utama daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC, Cheng Hoe menganggap kejayaan mengalahkan Yaman 2-1 sebagai penutup yang cukup baik untuk 2026. – UTUSAN

The post Pemain juga perlukan rehat – Safee appeared first on Utusan Malaysia.

Latest news