LATEST
National

Trump mahu kenakan tarif import baharu ke atas 14 rakan dagang, termasuk Malaysia

Trump mahu kenakan tarif import baharu ke atas 14 rakan dagang, termasuk Malaysia

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mencadangkan pengenaan tarif baharu terhadap import dari 14 rakan dagang, termasuk Kesatuan Eropah (EU) dan China, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Baca juga: Program wacana perlu diperbanyak, suburkan budaya dialog matang

Menurut Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer, tarif terhadap produk tertentu dari EU akan dinaikkan kepada 15 peratus.

Sementara itu, levi terhadap barangan China akan dinaikkan sehingga 20 peratus di bawah cadangan berkenaan, yang turut merangkumi pengenaan tarif baharu terhadap India, Jepun, Switzerland, Taiwan, Thailand, Vietnam, Bangladesh, Kemboja, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia dan Singapura.

“Selama beberapa dekad, banyak rakan dagang kita melaksanakan strategi perindustrian berasaskan sasaran terhadap sektor pembuatan, penindasan gaji dan tenaga kerja, sokongan kewangan serta bentuk sokongan lain, penggunaan input daripada ekonomi bukan pasaran dan amalan lain yang memesongkan pasaran.

“Amalan ini menyebabkan imbangan perdagangan memihak kepada mereka, selain melemahkan asas sektor pembuatan Amerika,” kata Greer dalam satu kenyataan.

Sejak memegang jawatan pada Januari 2025, Trump mengenakan tarif secara besar-besaran terhadap rakan dagang utama negara itu dengan alasan langkah berkenaan dapat merancakkan sektor pembuatan AS dan menjamin peluang pekerjaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Agung AS membatalkan sebahagian besar tarif berkenaan.

Cadangan terbaharu itu akan melalui proses pendengaran sebelum sebarang keputusan dibuat, manakala seorang pegawai AS berkata tarif berkenaan dijangka tidak berkuat kuasa sebelum Januari.

Langkah itu meningkatkan tekanan terhadap rakan dagang AS menjelang Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) yang dijadual berlangsung di Miami pada Disember ini.

-BERNAMA-dpa

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news