LATEST
National

Program wacana perlu diperbanyak, suburkan budaya dialog matang

Program wacana perlu diperbanyak, suburkan budaya dialog matang

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap lebih banyak program berunsur wacana dianjurkan bagi memberi pencerahan dan merungkai kekeliruan selain mencetuskan percambahan idea serta menyuburkan budaya dialog yang matang dan terbuka.

Baca juga: RUU Pembaharuan Semula Bandar jamin hak penduduk asal terus dipertahankan

Beliau berkata, kematangan demokrasi sesebuah negara turut diukur pada kesediaan pemimpinnya untuk mendengar, menjawab dan menerima teguran rakyat dengan penuh keinsafan serta rasa tanggungjawab.

“Alhamdulillah, berkesempatan menjawab pelbagai persoalan yang dikemukakan oleh moderator dan barisan panelis yang mewakili pelbagai segmen masyarakat dalam Dialog Negara Khas: ‘Di Sebalik Keputusan…’ yang disiarkan menerusi semua saluran media tempatan malam ini.

“Wadah ini memberi ruang untuk saya memperjelas dasar, pertimbangan dan keputusan Kerajaan MADANI dalam mengemudi negara, di samping menyelami keresahan, harapan dan aspirasi rakyat,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Program Dialog Negara Khas: “Di Sebalik Keputusan…” yang disiarkan menerusi RTM dan saluran media tempatan pada jam 9 malam tadi menampilkan barisan panelis mewakili pelbagai segmen masyarakat yang mengemukakan persoalan berkaitan dasar, pertimbangan serta keputusan kerajaan kepada Perdana Menteri.

Antara isu yang disentuh pada sesi berkenaan ialah jaminan hak penduduk asal dalam pembangunan semula bandar, perkhidmatan kesihatan awam, pendidikan kesihatan mental di sekolah serta cadangan penubuhan dana kekayaan berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Turut dibincangkan usaha membanteras rasuah, kebebasan bersuara mahasiswa, penempatan penjawat awam dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news