“Di Tengah Laut Ini, Doktor Maklum Keputusan Mak Saya Sangat Tak Baik” – Ardell Aryana Tabah Harungi Ujian

“Di Tengah Laut Ini, Doktor Maklum Keputusan Mak Saya Sangat Tak Baik” – Ardell Aryana Tabah Harungi Ujian

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana meluahkan isi hatinya yang berat apabila mengetahui keadaan ibu tersayangnya kini semakin merosot.

Menerusi potongan video siaran langsung di TikTok, isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa ini memberitahu dia baru sahaja menerima berita dariapada doktor yang memaklumkan keputusan ibunya kini kritikal.

“Saya punya sedih Allah uji saya denga mak saya. Ketika saya di tengah laut ini, saya dapat keputusan daripada doktor mengatakan kondisi mak saya sangat tak baik.

“Ujian saya tentang mak saya, tapi, ujian saudara kita bukan tentang keluarga tapi semua,” katanya dengan penuh sebak.

Sebelum ini, ibu Ardell difahamkan menjalani pembedahan membuang kedua-dua kakinya akibat komplikasi yang agak serius.

Scroll to Top