Kakak kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila mencuri tumpuan apabila memberi respons terhadap isu aktor kacak didakwa melakukan perkara tidak senonoh dengan bekas isteri.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Nabila yang juga bekas isteri kepada pelakon tampan, Sharnaaz Ahmad bersuara secara terbuka meskipun isu tersebut tiada kena mengena dengan dirinya.
“Cukup-cukuplah buat berita fitnah macam ni. Walaupun tak ada kena mengena dengan saya,” katanya yang memuat naik tangkapan skrin berita tersebut.
Sementara itu, Nabila juga sempat berseloroh mengatakan dia tidak akan berahsia atau menyembunyikan seandainya ada berita gembira menanti.
“Kalau saya rujuk, kahwin ke takkan la nak senyap-senyap. Semestinya akan diuar-uarkan. Netizen perlu tahu,” katanya.





