Semoga Kuat! Ardell Aryana Terima Ujian Berat Ketika Dalam Misi Kemanusiaan | Trending – Oh! Media

Semoga Kuat! Ardell Aryana Terima Ujian Berat Ketika Dalam Misi Kemanusiaan | Trending – Oh! Media

Trending

Ardell Aryana reda diuji ketika beliau sedang belayar sertai misi kemanusiaan Gaza.


Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana berdepan ujian hebat apabila mendapat tahu ibunya, Sawiyah Abdullah, perlu menjalani pembedahan memotong kedua-dua kaki akibat komplikasi diabetes kronik.

Menurut laporan HibGlam, berita itu diterimanya ketika sedang belayar menuju misi bantuan ke Gaza bersama suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa, serta beberapa sukarelawan lain.

Saya punya sedih Allah uji saya dengan emak saya. Ketika saya di tengah laut ini, saya dapat keputusan daripada doktor mengatakan kondisi emak saya sangat tak baik.

Ardell Aryana banding ujian peribadi dengan derita Gaza

Ardell Aryana

Walaupun sedih, Ardell, 35, menganggap ujian menimpa dirinya tidak seberat penderitaan rakyat Palestin yang telah lama bergelut dengan penindasan rejim Zionis.

Ujian saya tentang mak saya, tapi ujian saudara kita (di Gaza) bukan tentang keluarga, tapi semuanya.

Sertai misi Global Sumud Flotilla (GSF)

Ardell Zizi Kirana

Ardell merupakan antara 15 rakyat Malaysia termasuk penyanyi Zizi Kirana yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF). Misi itu melibatkan 38 kapal dari seluruh dunia yang belayar dari Sicily, Itali menuju ke Gaza melalui Laut Mediterranean.

Rombongan berkenaan dijangka tiba di Gaza dalam tempoh sekitar 10 hari lagi, dengan tujuan menghantar bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan.

Pssttt! Setiap ujian adalah tanda kasih Allah. Dalam derita kita, masih ada insan lain yang menanggung penderitaan lebih besar. Kuatkan hati, teruskan doa. 

Kredit: HibGlam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top