Abang Tesla Kongsi Aslam Beli Tiga Iphone 17 Pro Max – “Lupa Dia Ada Dua Rumah”

Abang Tesla Kongsi Aslam Beli Tiga Iphone 17 Pro Max – “Lupa Dia Ada Dua Rumah”

Suami kepada Umisya Mazlan, Ahmad Aslam buat kejutan apabila membeli tiga unit iPhone 17 Pro Max sejurus telefon pintar itu dilancarkan baru-baru ini.

Momen itu dikongsikan pempengaruh dan usahawan, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry, 30, yang sendiri menghantar gajet mewah berkenaan di sebuah restoran ibu kota.

“Bukan biasa-biasa… baru keluar terus rembat tiga biji iPhone 17 Pro Max,” katanya berseloroh menerusi video berdurasi seminit 15 saat di TikTok.

Dalam rakaman itu, Abang Tesla menyerahkan dua unit kepada Aslam dan isterinya, Umisya.

Namun, Aslam sempat meminta satu lagi unit bernilai hampir RM10,000.

“Aku ingat Aslam nak dua je. Lupa, ada dua rumah,” usiknya lagi.

@abg.tesla

Replying to @qilahazman_ Pehh.. Bukan kaleng2 ini org. Baru keluar terus nak sauk 3 biji ip17 promax! korang kalau nak murah jom preoder dengan aku. 🫶🏻

♬ original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

Untuk rekod, Aslam dan Marissa dilaporkan melangsungkan pernikahan di Songkla, Thailand pada 2023 selepas mereka berdua didakwa melarikan diri ke negara berkenaan.

Artikel berkaitan: “Saya Tahu Apa Yang Berlaku, Tapi Hanya Mampu Doakan” – Danish Hakim Enggan Campur Tangan Isu Rumah Tangga Marissa Dania

Artikel Berkaitan: “Sehina Dia Di Mata Puan, Aslam Tak Pernah Aibkan Marissa Dania” – Netizen Nasihat Abby Abadi

Scroll to Top