Pelakon, Aiffah Nasir berkongsi berita gembira selamat melahirkan putera sulungnya.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Afifah atau nama penuhnya, Nur Afifah Nasir turut mendedahkan nama anak lelakinya iaitu, Syed Armand Mateen.
“Dicipta dengan penuh kasih sayang, diberkati oleh Allah. Alhamdulillah, cahaya mata kami, anugerah terindah dari-Nya,” tulisnya.

Pada Mei lalu, Afifah memaklumkan dirinya sedang berbadan dua selepas setahun berkahwin.
Sekadar info, Afifah dan suaminya, Syed Hariz sah bergelar suami isteri pada Mei tahun lalu selepas tiga bulan bertunang.



