Kantoi Berpegangan Tangan Di Pusat Beli Belah, Diana Danielle Ada Kekasih?

Kantoi Berpegangan Tangan Di Pusat Beli Belah, Diana Danielle Ada Kekasih?

Selepas sah bercerai pada Mac lalu, pelakon Diana Danielle didakwa kini sudah mempunyai teman istimewa.

Memetik Utusan Online, ada sumber mendakwa ternampak Diana bersama seorang jejaka tinggi lampai, berkulit sawo di sebuah pusat beli-belah.

BACA: “Kalau Aku Nak Tangkap Lelaki Kaya, Dah Lama” – Diana Danielle

Sumber mendakwa kedua-duanya baru selesai melakukan aktiviti bersukan dan berjalan berpegangan tangan. Malah, sumber berkata lelaki tersebut mempunyai rupa paras yang kacak.

“Barangkali mereka baru sahaja selesai buat aktiviti sukan. Sebab mereka pakai baju sukan. Rasanya memang sahlah mereka bercinta sebab jalan seiringan sambil tak lepas berpegangan tangan. Boleh tahan ‘handsome’ lelaki itu!” kata sumber.

Difahamkan, jejaka tersebut bukan orang dalam industri. Jika benar dakwaan tersebut, pasti ramai yang tumpang gembira jika pelakon itu menemui bahagianya sendiri.

Sumber: Utusan Online


Scroll to Top