“Orang Susah Pun Ada Maruah” – Aaron Aziz Tegur Jangan Rakam Bila Beri Bantuan

“Orang Susah Pun Ada Maruah” – Aaron Aziz Tegur Jangan Rakam Bila Beri Bantuan

Pelakon Datuk Aaron Aziz memberi teguran kepada individu yang merakam video ketika menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, Aaron berpendapat tindakan tersebut tidak harus dilakukan kerana boleh menimbulkan rasa kurang senang buat mereka yang menerima bantuan.

BACA: Aaron Aziz Seru Bekas Banduan Sertai Uji Bakat Lakonan

“Kalau nak tolong orang, tak payah nak rekod. Orang miskin, orang susah pun ada maruah,” katanya.

Sementara itu, Aaron berkata dia pernah melihat kejadian tersebut ketika mengerjakan umrah di Mekah.

“Masa umrah, ramai yang buat sabeel (memberi sedekah) tapi tunjuk muka orang-orang yang ambil makanan. Kalau nak sabeel biar Allah sahaja yang tahu,” katanya.

Perkongsian Aaron itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat pelakon berkenaan namun ada juga yang tidak.

Bagaimanapun, Aaron tidak menafikan mengenai manfaat daripada konten-konten sedekah namun meminta untuk tidak memaparkan wajah penerima demi menjaga maruah mereka.


Scroll to Top