Semak kelayakan BUDI95 mulai Khamis

Semak kelayakan BUDI95 mulai Khamis

Shah Alam: Rakyat boleh menyemak kelayakan Budi MADANI RON95 (BUDI95) bermula Khamis ini melalui laman web www.budimadani.gov.my.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata bagi pengisian di pam minyak, pengguna hanya perlu memasukkan MyKad ke dalam reader untuk mengesahkan kelayakan.

Beliau berkata, bayaran boleh dibuat sama ada secara tunai, kad kredit/debit atau e-dompet dan aplikasi.

Katanya, selepas selesai mengisi petrol, resit akan menunjukkan nilai transaksi pada harga pam, nilai subsidi ditanggung kerajaan dan jumlah yang dibayar pengguna pada harga RM1.99.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top