Sejak 2022, nama HONOR Siri X dah jadi pilihan utama rakyat Malaysia bila cari telefon kelas pertengahan.

Bukan setakat harga mampu milik je, tapi sebab satu benda yang buat ramai jatuh cinta iaitu ketahanan luar biasa. Jatuh pun steady, kena hujan pun tak ada hal.
HONOR X9 Buka Jalan, X9a dan X9b Terus Meletup
Segalanya bermula dengan HONOR X9. Tagline dia “Lagi Tahan, Lagi Best” memang bukan sembang kosong. Ramai pengguna rasa lega sebab ada telefon yang betul-betul lasak.
Kemudian muncul HONOR X9a, terus jadi sensasi online sebab skrin melengkung paling tahan pecah. Populariti makin meletup bila X9b pula jadi telefon kelas pertengahan paling laku keras.
X9c Dinobatkan “Raja Tahan Jatuh”
Tahun lepas, giliran HONOR X9c 5G pula mencuri perhatian. Model ni terus diangkat sebagai “Raja Tahan Jatuhan”. Sekali lagi HONOR buktikan yang mereka serius bila bab ketahanan.
Setiap model bukan saja menambah hype, tapi juga bina reputasi kukuh untuk Siri X sebagai telefon rakyat yang tak mudah ditumbangkan.
Statistik Pun Luar Biasa
Nak tahu betapa hebatnya Siri X? Tahun 2023, ia berjaya kuasai 33 peratus pasaran telefon pertengahan Malaysia.

Dua tahun lepas tu, angka makin naik sampai 55 peratus. Maknanya, daripada dua telefon pertengahan yang terjual, satu daripadanya confirm HONOR Siri X. Power kan?

HONOR X9d 5G – ‘Monster’ Baru Dalam Arena Telefon Pertengahan
Sekarang, HONOR nak bagi kejutan lagi dengan pelancaran HONOR X9d 5G. Tarikh rasmi adalah pada 24 September ini.

Telefon ni bukan calang-calang tau gais. Bateri 8300mAh, yang terbesar pernah ada pada telefon pintar. Ditambah pula dengan perlindungan IP69K, memang tahan lasak tahap industrial. Lagi sekali, HONOR cipta sejarah bila X9d jadi telefon pertama dunia dengan pensijilan SGS Triple Premium Performance.
Lebih Dari Sekadar Spesifikasi
HONOR tahu pengguna bukan cari hardware semata-mata. Sebab tu mereka tawarkan perlindungan selepas jualan yang menyeluruh.

Daripada waranti extended sampai pelan ganti skrin, semua ada. Jadi walaupun jenis clumsy, tak perlu risau nak guna HONOR X9d 5G ni.

Countdown Bermula – Saksikan Pelancaran HONOR X9d 5G Rabu Ini!
Hari Rabu ini, semua mata akan tertumpu pada HONOR Malaysia. Pelancaran HONOR X9d 5G akan berlangsung secara live di Facebook pada jam 3 petang. Jangan lepaskan peluang korang!

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X9d 5G, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau kunjungi www.honor.com/my/.




