3 pusat kecantikan diarah tutup kerana tak berlesen, dikendalikan warga asing

3 pusat kecantikan diarah tutup kerana tak berlesen, dikendalikan warga asing

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan tiga premis pusat kecantikan di sekitar Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh di sini, ditutup kerana beroperasi tanpa lesen dan dikendalikan warga asing.

Ia selepas pemeriksaan menerusi operasi bersepadu dijalankan DBKL dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), baru-baru ini.

DBKL dalam kenyataan di Facebook berkata, operasi itu menyasarkan premis perniagaan tanpa lesen dan yang terbabit dengan penyalahgunaan syarat lesen premis

Katanya, ia termasuk premis dikesan dikendalikan oleh warga asing.

“DBKL menutup tiga premis pusat kecantikan kerana didapati beroperasi tanpa lesen serta dikendalikan oleh warga asing,” katanya.

Menurut DBKL, pada operasi sama, JIM turut membuat pemeriksaan dan penahanan terhadap 17 orang warga asing.

“Secara keseluruhan, 17 kompaun dikeluarkan dan 17 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke depoh tahanan bagi tindakan lanjut,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top