Penyanyi Linda Rafar menjadi perhatian ramai susulan komen balas dibuat olehnya di media sosial dikatakan dengan cara sinis menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna berkata dia tidak menyangka Linda akan membalas dengan cara sedemikian susulan sebelum ini penampilannya di konsert Elite dikritik tidak sesuai denga usianya.
BACA: “Saya Tak Maafkan Mereka Yang Mencela, Aibkan Keluarga Saya”

Dapat diihat ada yang meninggalkan komen mendakwa bahawa Linda sendiri yang membuka aib, bukan orang lain.
Tidak hanya berdiam diri, Linda dilihat membalas komen berkenaan berbunyi, “Jual selipar ke. Kesian, berapa satu. Meh saya tolong beli,” katanya,
Sementara itu, satu lagi komen netizen yang menegurnya kerana tidak memaafkan orang sedangkan dirinya sendiri melanggar hukum Allah.
Linda dilihat membalas komen individu itu dengan ringkas tetapi pedas berbunyi, “Ustazah ke,” perlinya.
Terdahulu, Linda berkata dia tidak akan memaafkan mereka yang mencela serta mengaibkan dirinya berhubung penampilannya di konsert Elite.




