am@hmetro.com.my
Shah Alam: Bonda kepada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Esah Tahar meninggal dunia akibat sakit tua, pagi ini.
Menurut kenyataan rasmi di Selangor Royal Office, Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Damansara pada jam 5.15 pagi.
“Allahyarhamah berusia 82 tahun. Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Zohor, hari ini” demikian kenyataan rasmi itu, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd



