PN tanding semua 28 kerusi DUN pada PRN Melaka

PN tanding semua 28 kerusi DUN pada PRN Melaka
PN tanding semua 28 kerusi DUN pada PRN Melaka

Muhyiddin Yassin

MELAKA – Perikatan Nasional (PN) mengesahkan akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembahagian kerusi akan dimuktamadkan menerusi rundingan bersama parti komponen bagi memastikan strategi terbaik dapat dirangka untuk meraih kemenangan.

Beliau berkata, PN kini berada dalam keadaan bersedia menghadapi pilihan raya dengan jentera di semua peringkat sedang diperkukuhkan, manakala ketua-ketua bahagian Bersatu telah diminta mengemukakan nama calon yang layak untuk dipertimbangkan.

Beliau berkata pemilihan calon akan dibuat berdasarkan beberapa kriteria termasuk keperibadian dan integriti yang baik, rekod kerja cemerlang, pengalaman serta hubungan rapat dengan masyarakat setempat.

“Semua orang boleh menawarkan diri untuk bertanding, tetapi kita mahukan tokoh yang mempunyai keperibadian dan pekerja yang baik, mempunyai pengalaman serta dekat dengan penduduk,” katanya pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Bersatu Melaka di Klebang malam tadi.

Beliau turut memaklumkan PN akan meneruskan rundingan dengan parti lain yang berminat bekerjasama menjelang PRN Melaka, dengan sebarang pembahagian kerusi diputuskan menerusi rundingan bersama. – Bernama

 

Scroll to Top