KOTA TINGGI – Kementerian Pertahanan (MINDEF) dijangka menerima empat lagi pesawat tempur ringan FA-50M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada April tahun depan, sebelum berlangsungnya Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2027.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketibaan empat pesawat yang dibangunkan Korea Aerospace Industries (KAI) itu menjadikan keseluruhan enam pesawat FA-50M diterima setakat ini.Menurutnya, MINDEF sudah menerima dua pesawat pertama pada penghujung Oktober lalu, manakala baki pesawat akan diterima secara berperingkat sehingga Mac 2028.”MINDEF telah terima dua (pesawat berkenaan) pada akhir bulan Oktober.”Sebelum LIMA kita akan ada (terima) empat (pesawat). Selepas itu kita akan terima secara berfasa keseluruhan 18 pesawat pada Mac 2028,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Peluncuran Sekolah Angkat MADANI-Malaysia Defence Intelligence Organisation (MDIO) di Sekolah Kebangsaan (SK) Panchor, di sini, pada Sabtu.Mohamed Khaled berkata, kesemua 18 pesawat FA-50M itu akan ditempatkan di Kuantan, Pahang, memandangkan pesawat Hawk masih digunakan ketika ini.Katanya, penempatan pesawat tempur ringan berkenaan pada masa hadapan akan mengambil kira perkembangan operasi pesawat Hawk yang dijangka ditamatkan pada 2028.”Kesemua 18 pesawat ini akan berpangkalan di Kuantan, Pahang sebab pesawat Hawk masih ada lagi.”Apabila pesawat Hawk dikomersialkan, mereka akan fikirkanlah (untuk langkah seterusnya) meletakkan pesawat tempur ringan dan sebagainya,” katanya.Pada 30 Oktober lalu, Mohamed Khaled menerima dua pesawat tempur ringan FA-50M pertama yang diperoleh TUDM, sekali gus menandakan pencapaian penting dalam usaha memperkukuh keupayaan pertahanan udara negara.Kedua-dua pesawat berkenaan tiba di Pangkalan Udara TUDM Labuan selepas diterbangkan dari Sacheon, Korea Selatan.Sebanyak 18 pesawat FA-50M diperoleh menerusi program Pesawat Latihan Tempur dan Pesawat Tempur Ringan (FLIT-LCA) bagi memenuhi keperluan TUDM, termasuk perancangan menamatkan operasi pesawat Hawk pada 2028. Atmaca untuk LCS guna tempahan sedia ada, kos tambahan masih dirundingKOTA TINGGI – Penggunaan peluru berpandu Atmaca buatan Turkiye bagi kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hanya memerlukan kos tambahan membabitkan kerja integrasi dan sistem pelancar.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu membolehkan kerajaan menggunakan tempahan peluru berpandu Atmaca sedia ada yang sebelum ini dibuat untuk kapal misi pesisir (LMS).Menurutnya, sebahagian daripada tempahan berkenaan akan disalurkan kepada LCS bagi menggantikan sistem peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) dari Norway.”Kita hanya perlu ambil Atmaca itu dan letak di situ (LCS). Kos tambahan adalah untuk integrasi dan pelancar.”Apabila Norway pulangkan balik duit kita, baru kita akan guna untuk bayar misil yang baharu,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Peluncuran Sekolah Angkat Madani di Sekolah Kebangsaan Panchor, di sini pada Sabtu.Mohamed Khaled berkata, peluru berpandu Atmaca yang ditempah untuk LMS dijangka siap pada 2028.Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah kos tambahan yang perlu ditanggung kerana perkara itu masih dalam rundingan.Mengulas mengenai usaha mendapatkan semula bayaran daripada Norway, beliau berkata, kerajaan mungkin perlu melalui proses timbang tara atau mengambil tindakan di mahkamah sekiranya tuntutan tidak dipatuhi.Katanya, proses berkenaan dijangka mengambil masa antara dua hingga lima tahun atau lebih.Pada 12 November lalu, beliau dilaporkan berkata, Turkiye dipilih sebagai pembekal alternatif menggantikan NSM selepas kerajaan menilai tawaran beberapa negara termasuk Perancis dan Itali berdasarkan harga, tempoh penyerahan serta kos pendahuluan.Sebelum ini, pada 19 Mei, Kementerian Pertahanan mengeluarkan notis tuntutan terhadap syarikat pengeluar pertahanan Norway, Kongsberg Defence & Aerospace AS bagi mendapatkan pampasan kira-kira RM1 bilion susulan pembatalan permit eksport NSM.Jumlah itu merangkumi kos langsung sebanyak EUR126 juta (RM583.47 juta) yang telah dibayar kerajaan serta tuntutan kerugian tidak langsung.
Empat lagi pesawat FA-50M tiba April 2027 – Khaled Nordin
Malay News | https://www.malay.news/empat-lagi-pesawat-fa-50m-tiba-april-2027-khaled-nordin/