29 September 2025 03:34pm
Masa membaca: 4 minit


Seorang lelaki Palestin berdiri di tengah-tengah runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan Israel, di kem pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza. Foto AFP
GAZA – Tentera Israel dilaporkan membedil Hospital Al-Helou di Bandar Gaza dengan dua peluru artileri pada malam Ahad, menurut laporan WAFA yang memetik sumber perubatan.
Hospital itu menempatkan beberapa jabatan termasuk wad kanser dan unit rawatan rapi neonatal dengan 12 bayi pramatang.
Sumber berkenaan memaklumkan lebih 90 orang termasuk kakitangan perubatan dan pesakit kini terperangkap di dalam hospital selepas kereta kebal Israel mengepung kemudahan itu serta menghalang sebarang laluan keluar masuk.
Ringkasan AI
- Tentera Israel membedil Hospital Al-Helou di Bandar Gaza
- Serangan itu terjadi pada malam Ahad
- Hospital ini menempatkan wad kanser dan unit rawatan rapi neonatal
- Ada 12 bayi pramatang di hospital tersebut
- Lebih 90 orang termasuk kakitangan perubatan dan pesakit terperangkap di dalam hospital



