Israel Siap Sedia Halang Lebih 50 Kapal Global Sumud Flotilla

Israel Siap Sedia Halang Lebih 50 Kapal Global Sumud Flotilla

Oh! Tidak

Lebih 50 kapal Global Sumud Flotilla kini hampir dengan Gaza, Israel siap sedia halang masuk.


Keadaan di perairan antarabangsa kini makin tegang bila lebih 50 kapal Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan menghampiri Gaza. Kapal-kapal ini kini berada kira-kira 241 kilometer dari pesisir dan difahamkan semakin hampir dengan zon pemintasan tentera Israel.

Menurut laporan media tempatan Israel, Tentera Laut mereka sedang bersiap sedia untuk memintas konvoi flotilla.

Tentera laut Israel didakwa akan bawa aktivis naik kapal perang besar…

Difahamkan, kapal-kapal GSF hanya berbaki sekitar 150 batu nautika sebelum memasuki kawasan perairan Gaza.

Tentera Laut Israel meneruskan persiapan untuk merampas kapal-kapal itu.- Kata penyiar awam Israel.

Tambah mereka lagi, tentera Zionis merancang memindahkan aktivis yang berada di atas kapal ke kapal perang besar sebelum menunda flotilla ke Pelabuhan Ashdod, selatan Israel. Malah, ada kemungkinan sebahagian kapal flotilla akan ditenggelamkan semasa operasi.

Arahan politik tegas…

Kepimpinan politik Israel dilaporkan sudah memberi arahan keras supaya flotilla GSF tidak dibenarkan memasuki Gaza dalam apa jua keadaan.

Ini bermakna mereka akan bertindak agresif sekiranya kapal-kapal berkenaan cuba meneruskan perjalanan.

Sementara itu, menerusi siaran langsung yang dikongsikan kira-kira sejam lalu, penyanyi Malaysia Zizi Kirana yang turut berada di flotilla memaklumkan ada sebuah bot mencurigakan menuju ke arah mereka.

Zizi Kirana

Lebih mencemaskan, bot itu bergerak tanpa menyalakan lampu dan kini mengelilingi salah sebuah kapal GSF. Dalam rakaman video, beberapa aktivis jelas kelihatan sedang bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

Pssttt! Bila baca kisah ni, korang boleh nampak betapa besarnya pengorbanan para aktivis demi perjuangan kemanusiaan. Kadang-kadang kita rasa masalah kita besar, tapi ada orang di luar sana sanggup pertaruhkan nyawa demi orang lain. Ohmedia nasihatkan, hargailah keamanan yang kita ada sekarang dan jangan pernah ambil mudah soal kemanusiaan.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top