Umum mengetahui pelakon Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann kini berpindah ke London untuk menyambung pengajian.
Baru-baru ini, Janna ada memuat naik video mukbang mencuba pencuci mulut buah-buahan. Turut menjadi perhatian, Janna menjelaskan mengapa wajahnya dilihat sembab.
BACA: Pindah London, Sewa Rumah Janna Nick RM22,000 Sebulan
Menurut Janna, berat badannya naik kerana dia menjalani proses mendapatkan zuriat sebanyak dua kali sebelum berangkat ke London, United Kingdom.
“Saya tak mengandung. Belum lagi, doakan saya. Muka saya sembab dan badan saya naik sebab saya jalani 2 kali proses mendapatkan zuriat dalam masa 3 bulan sebelum datang London.
“Bayangkan berapa jarum dan injection hormon yang ada dalam badan saya,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Janna Nick segera dikurniakan cahaya mata.
Untuk rekod, Janna mendirikan rumah tangga bersama aktor, Dini Schatzmann pada 10 Jun 2023.



