Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi menyarankan kisah Palestin dijadikan sukatan pelajaran sekolah di Malaysia.
Menerusi Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena malam tadi, Heliaza berkata dengan langkah tersebut ia dapat membuka mata masyarakat sejak di bangku sekolah lagi mengenai penderitaan saudara Islam disana.
BACA:
“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Malaysia kerana bersama mengangkat isu Palestin.
“Saya berharap selepas ini dalam silibus pembelajaran anak-anak kita masukkan kisah Palestin,” katanya.
Dalam perhimpunan semalam, Heliza turut berkongsikan detik cemas berhadapan tentera Israel ketika ditahan dan ‘diculik’ selama tiga hari.




