Pesawat ANA langgar lampu landasan

Pesawat ANA langgar lampu landasan

Tokyo: Sebuah pesawat All Nippon Airways (ANA) berpatah balik ke Lapangan Terbang Haneda di Tokyo kira-kira sejam selepas berlepas pada Isnin, dengan pihak berkuasa pengangkutan berkata pesawat itu mungkin melanggar lampu landasan, lapor agensi berita Kyodo.

Lampu berkenaan didapati rosak, manakala Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun mengesyaki tayar pesawat Boeing 737 itu terkena lampu berkenaan semasa berlepas.

Penerbangan 639 yang menuju ke Iwakuni, di wilayah Yamaguchi berlepas dari Haneda sekitar 8.55 malam, namun terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang, kira-kira 10 malam.

Hasil pemeriksaan mendapati tayar pesawat mengalami kerosakan.

Pesawat itu mendarat tanpa sebarang insiden, dan ANA mengesahkan bahawa kesemua 174 penumpang serta kru penerbangan berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top