Kongsi Momen ‘Majlis Mitoni’ Ikut Tradisi Jawa, Siti Saleha Umum Bakal Timang Anak Lelaki

Kongsi Momen ‘Majlis Mitoni’ Ikut Tradisi Jawa, Siti Saleha Umum Bakal Timang Anak Lelaki

Pelakon jelita, Siti Saleha berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dia dan suaminya, Joshua Fitton, bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi satu hantaran video di Instagram miliknya beserta momen manis ketika mengadakan majlis Mitoni atau mandi bunga bersempena adat tradisi Jawa, baru-baru ini.

“Alhamdulillah majlis Mitoni (mandi bunga) dan pendedahan jantina bayi berjalan dengan lancar.

“Kami bakal menimang cahaya mata lelaki,” katanya.

Pada majlis yang berlangsung, Saleha dan Joshua tampil sedondon mengenakan busana putih yang dipadankan bersama kain batik ala Jawa, menyerikan lagi suasana tradisi tersebut.

 

Difahamkan, majlis yang diadakan secara intimate dan penuh bermakna itu turut juga dihadiri keluarga serta kenalan rapat.

Terdahulu, Saleha memaklumkan bakal berehat panjang usai penggambaran drama Bad Cop bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada fasa kehamilan.

Untuk rekod, Saleha dan Joshua selamat berkahwin pada Februari lalu, kira-kira tiga tahun selepas berpisah dengan bekas suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, pada 2021.

Scroll to Top