Mudah Auto Melancarkan Kempen Jualan Kereta Terbesar – Lebih 11,000 Tawaran Eksklusif Menanti Pembeli Seluruh Negara

Kuala Lumpur, 16 Oktober 2025 – Mudah Auto, pasaran automotif dalam talian terkemuka di Malaysia, telah melancarkan Jualan Kereta Terbesar, satu kempen berskala nasional yang berlangsung dari 13 hingga 26 Oktober 2025. Kempen ini menampilkan lebih daripada 11,000 tawaran hebat, diskaun masa terhad, serta pelbagai ciri baharu yang direka untuk memudahkan rakyat Malaysia memiliki kereta dengan lebih cepat dan mudah.

Peter Wong, Ketua Mudah Auto, berkata kempen ini mencerminkan komitmen berterusan Mudah.my untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada pembeli kereta. “Kami tahu tawaran yang baik amat penting — terutamanya apabila melibatkan pembelian kereta. Sebab itu, kami bekerjasama dengan rangkaian penjual di seluruh Malaysia untuk menawarkan lebih banyak penjimatan dan pilihan terbaik kepada rakyat Malaysia sepanjang kempen ini.”
Dipercayai Rakyat Malaysia, Disokong oleh Industri
Mudah Auto telah lama diiktiraf sebagai platform paling dipercayai di Malaysia untuk membeli dan menjual kereta terpakai. Satu survey bebas baru-baru ini di kalangan penjual kereta terpakai di seluruh negara mendapati bahawa 71% dari mereka memilih Mudah.my sebagai platform utama atas dasar kualiti prospek, reputasi jenama yang kukuh serta kebolehpercayaan.

Dari sudut pembeli pula, 70% rakyat Malaysia menyatakan bahawa mereka memilih Mudah.my terlebih dahulu apabila mencari kereta terpakai — hasil daripada pilihan kenderaan yang pelbagai, platform yang mesra pengguna, dan tahap kepercayaan yang tinggi. Penemuan ini mengukuhkan lagi kedudukan Mudah.my sebagai destinasi utama untuk pembeli dan penjual kereta di seluruh negara.
“Ini bukan sekadar kempen jualan — ia adalah tentang kerjasama dan kemajuan. Kami berbangga untuk berdiri seiring dengan para peniaga kami dalam mencipta nilai yang bermakna, disokong oleh peralatan untuk pengalaman penggunaan yang pantas, boleh dipercayai dan telus secara keseluruhan,” tambah Peter Wong.

Corporates Desk
Malay News

Scroll to Top