Nubhan Pernah Lafaz Cerai Pada 2017, Tapi Rujuk Semula Dalam Tempoh Idah |

Nubhan Pernah Lafaz Cerai Pada 2017, Tapi Rujuk Semula Dalam Tempoh Idah |

Isu rumah tangga penyanyi dan usahawan, Nubhan, kembali menjadi perhatian apabila pendedahan terbaru mendakwa dia pernah melafazkan cerai terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, pada tahun 2017 sebelum dikatakan rujuk semula dalam tempoh idah.

Memetik laporan mStar, pendedahan ini dibuat peguam syarie yang mewakili Dr. Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kadir, ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang hari ini.

“Pernah lafaz sekali, kemudian rujuk dalam tempoh idah”

Menurut beliau, permohonan kali ini difailkan bagi membolehkan mahkamah menentukan kesahihan lafaz cerai dan rujuk tersebut.

Hari ini sebutan pertama bagi permohonan plaintif iaitu suami kepada anak guam saya untuk pengesahan dua lafaz cerai dan satu rujuk. Rupanya pada tahun 2017 mereka pernah lafaz sekali, kemudian rujuk dalam tempoh idah tetapi tidak didaftarkan secara rasmi dan rujuk itu juga tidak mengikut prosedur.

Untuk prosedur hari ini, mahkamah juga akan meneliti beberapa faktor termasuk niat sebenar Nubhan ketika melafazkan cerai itu.

Sekiranya disahkan, ia akan dikira sebagai talak dua, dan kes berkenaan akan diteruskan dengan isu anak, nafkah serta harta sepencarian.

Dedah peguam lagi, Nubhan sebelum ini pernah membuat tawaran kepada isteri untuk menyelesaikan hal rumah tangga mereka secara baik.

Tawaran perceraian memang ada. Dia (Nubhan) pernah hantar surat kepada anak guam saya sebelum mereka bercerai. Kita juga ada memberikan jawapan balas, tapi perkara itu tidak diteruskan dan senyap begitu sahaja. Itu berlaku sekitar bulan Ogos lalu.

Terdahulu, pasangan ini mengejutkan ramai apabila disahkan berpisah selepas 10 tahun bersama.

Namun konflik mereka bukan disebabkan orang ketiga tetapi berpunca daripada perselisihan faham dalam rumah tangga.

Pssttt! Bila hal rumah tangga dibawa ke mahkamah, pastinya ada banyak emosi yang terlibat. Apa pun, semoga Nubhan dan Dr. Afifah dapat selesaikan segala urusan dengan tenang dan matang, terutama demi anak-anak. Kadang-kadang berpisah bukan bererti bermusuh, tapi mencari jalan terbaik untuk semua pihak.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top