Pelakon Uqasha Senrose mengejutkan ramai apabila hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam bagi sebutan pertama kes perceraiannya dengan Kamal Adli.
Peguam mewakili Uqasha berkata anak guamnya memfailkan perceraian kerana tiada persefahaman dan memaklumkan Kamal juga tidak melakukan sebarang usaha memujuk demi menyelamatkan rumah tangga.
BACA: Kamal Adli Nak Pertahan Perkahwinan, Ada Usaha Berdamai
Susulan hangat diperkatakan mengenai kes perceraian mereka, ruangan komen Instagram Kamal Adli dihujani komen netizen yang terkejut dengan berita berkenaan.

Sementara itu, netizen turut menitipkan kata-kata semangat buat Kamal untuk pertahankan rumah tangga serta mengabaikan kata-kata netizen yang menghasut bukan-bukan.
Kata netizen lagi, pertahankan amanah sebagai suami dan bapa selagi mampu serta mendidik isteri dengan lembut apatah lagi mereka mempunyai anak perempuan.



