“Kami Tak Buat Jahat, Tak Dengki Dengan Sesiapa” – Amira

“Kami Tak Buat Jahat, Tak Dengki Dengan Sesiapa” – Amira

Penyanyi Amira Othman berkata dia tidak mahu melayan kata-kata negatif segelintir pihak berkenaan penikahannya dengan aktor Fattah Amin.

Memetik mStar Online, Amira berkata dia dan suami hanya mahu hidup dengan aman serta mendoakan mereka yang tidak gembira dengan pernikahanya itu diberikan kebahagiaan.

BACA: Amira Othman Serba Salah Nak Kongsi Kehidupan Lepas Kahwin

“Kami tak baca komen negatif. Bagi saya itu pendapat masing-masing dan tak semua orang akan suka. Apa yang penting kami tak buat jahat dengan siapa dan tak dengki dengan orang lain.

“Malah kami doakan supaya mereka yang tak gembira akan turut diberi kebahagiaan. Kami tak terlalu ambil pusing komen luar, kami hanya nak hidup dengan aman dan damai,” katanya.

Sementara itu, Fattah berkata mereka bakal mengadakan sebuah lagi majlis bagi meraikan peminat dan gembira apabila perkahwinan mereka dilebal ‘wedding of the year’.

“Kamai gembira apabila orang cakap begitu. Sebenarnya kami hanya nak berikan yang terbaik untuk keluarga dan tetamu yang hadir. Harap semua orang gembira,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top