LATEST

Bekas CEO bank antara tiga individu dihadapkan ke mahkamah esok

Bekas CEO bank antara tiga individu dihadapkan ke mahkamah esok

Kuala Lumpur: Tiga individu termasuk seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah bank pelaburan akan didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen, di sini dan Seremban esok.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, bekas CEO itu akan didakwa di hadapan Hakim Azura Alwi, manakala seorang wanita bergelar Datuk, yang juga pengarah sebuah syarikat, akan didakwa di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Baca juga: Syed Saddiq sasar bawah 12 jam Ironman Malaysia

Difahamkan, bekas CEO itu bakal berdepan pertuduhan berkaitan rasuah lebih RM130 juta manakala wanita terbabit sebelum ini pernah dikaitkan dengan sebuah pelaburan yang disiasat SPRM dan pernah dituduh di mahkamah atas kesalahan pecah amanah.

Sementara itu, seorang ketua pegawai kewangan institusi pengajian tinggi swasta akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban bagi pertuduhan membabitkan nilai rasuah berjumlah RM6.56 juta.

Hakim M Kunasundary dijangka mendengar kes itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news