Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengesahkan tidak akan meletakkan sebarang calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2026 pada 12 Disember depan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas parti itu meneliti perkembangan politik semasa selain mengambil kira beberapa pertimbangan lain menjelang pilihan raya tersebut.
Baca juga: Import daging khinzir melonjak lebih lima kali ganda sejak 2020
Menurutnya, PAS telah menetapkan pendirian untuk tidak menyertai pertandingan kali ini berdasarkan penilaian terhadap situasi politik semasa.
“Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil maklum perkembangan semasa berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2026 yang akan diadakan tidak lama lagi.
“Setelah mengambil kira perkembangan politik semasa serta pelbagai pertimbangan lain, PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi bertanding dalam PRN Sarawak 2026,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, keputusan untuk tidak bertanding itu tidak mengubah komitmen PAS dalam memperjuangkan kepentingan rakyat serta menyokong usaha memperkukuh kestabilan politik negara.
Takiyuddin berkata, parti berkenaan akan terus memberikan perhatian terhadap agenda perpaduan dan kesejahteraan rakyat berdasarkan dasar serta prinsip perjuangan yang dipegang selama ini.
“PAS akan terus memberikan komitmen terhadap usaha memperkukuh perpaduan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, selaras dengan dasar serta prinsip perjuangan parti,” ujarnya.
Sumber: Facebook Takiyuddin Haji Hassan