Didakwa Sudah Berbadan Dua, Amira Othman Tampil Respons

Didakwa Sudah Berbadan Dua, Amira Othman Tampil Respons

Penyanyi, Amira Othman tampil meleraikan spekulasi yang mendakwa dirinya sudah berbadan dua sejak mendirikan rumah tangga bersama aktor, Fattah Amin pada 14 September lalu.

Perkara tersebut mula menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat yang tertumpu kepada penampilannya dikatakan kelihatan sedikit berbeza.

Susulan itu, menerusi sebuah video, Amira dan suami tercintanya, Fattah membuat ‘content’ trend terkini di TikTok memperkenalkan diri sebagai ibu bapa kepada bakal anak-anak mereka kelak.

Video tersebut menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang mendakwa pasangan sejoli itu memberi bayangan mereka bakal menimang cahaya mata pertama.

Namun begitu, di ruangan komen pelantun lagu Dalam Sujudmu ini segera menepis dakwaan mengatakan dirinya sedang mengandung.

“Eh bukan tau. Ini content macam baru kahwin gitu. Yuti suruh buat hahaha,” katanya.

Sekadar info, Amira dan Fattah sah mendirikan rumah tangga pada 14 September lalu selepas setahun menjadi ‘rakan sekerja’.

@amiraothmanofficial

Hmm mcm mcm lah Yuti punya idea ek. Betul ke mcm ni? 🧐

♬ original sound – Amira Othman – Amira Othman

Scroll to Top