saufi@mediaprima.com.my
Syarikat pengeluar peranti pintar terkemuka, Poco memperkenalkan peranti kelas perdana mereka iaitu F7 Ultra yang menggunakan cip pemproses termaju dalam kelasnya.
Peranti itu menggunakan Qualcomm Snapdragon 8 Elite sekali gus menjadikan peranti pintar mampu milik dengan penawaran kuasa prestasi yang baik.
Pengguna hari ini cenderung untuk memilih peranti pintar yang mampu melancarkan aplikasi permainan, pelbagai tetingkap dan keupayaan kamera yang baik.
Menyentuh spesifikasi Poco F7 Ultra, peranti ini menggunakan cip pemproses binaan 3 nanometer (nm) bersama saiz skrin 6.67 inci paparan AMOLED dengan resolusi 1440 x 3200 dengan kadar segar semula 120Hz.
Ia didatangkan dengan tetapan tiga lensa iaitu lensa utama 50 Megapiksel (MP), telephoto 50MP dan lensa ultra lebar 32MP manakala lensa swafoto adalah 32MP.
Kapasiti bateri 5,300mAh sekali gus menawarkan operasi sepanjang hari tanpa perlu bimbang.
Prestasi ketika bermain permainan ialah titik kekuatan utama khususnya permainan seperti Genshin Impact boleh dikendalikan pada hampir 60 bingkasi sesaat (FPS) pada tetapan grafik tertinggi.
Permainan lain seperti COD Warzone mampu dilancarkan dengan lancar.
Selain itu, ia turut menyokong ciri seperti WildBoost 4.0, Super Resolution dan Smart Frame Rate yang dikatakan meningkatkan prestasi atau grafik.
Pengecasannya pula agak cepat dengan menggunakan pengecas 120W, ia mengambil masa sekitar 43 minit untuk mengecas daripada 15 peratus untuk penuh.
© New Straits Times Press (M) Bhd




