Trending
Bekas pemain Kelantan FA disyaki tembak mati rakyat Malaysia di Sungai Golok, lari guna trak pikap jenis Toyota Vigo.
Tular di media sosial semalam kejadian tembak melibatkan seorang rakyat Malaysia di Sungai Golok, Thailand.
Mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, meninggal dunia selepas menerima 18 das tembakan di hadapan isterinya yang sedang hamil anak sulung.
BACA: Tragedi Di Sungai Golok: Suami Ditembak 18 Das Depan Isteri Hamil, Dua Sepupu Disyaki Terlibat
Terbaru, polis mengesahkan salah seorang suspek yang terlibat adalah bekas pemain bola sepak Kelantan FA musim 2019.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, suspek kini dalam buruan polis dan ada kemungkinan suspek telah melarikan diri ke Malaysia.
“Kita tidak tolak kemungkinan suspek sudah lari ke negara ini”

Pihak polis kini memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi membantu siasatan dan memburu suspek.
Beliau turut menambah bahawa setakat ini, polis Kelantan masih belum menerima sebarang maklumat rasmi daripada pihak berkuasa Thailand berhubung kejadian tembakan berkenaan.
Difahamkan, suspek turut pernah beraksi di Liga Thailand bersama kelab Yala United FC dan PT Prachuap FC.
Pssttt! Diharapkan pihak berkuasa kedua-dua negara dapat bekerjasama bagi menegakkan keadilan buat mangsa dan keluarga.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




