Pelakon jelita, Nadia Brian meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu yang disifatkannya sebagai ‘kawan lupa kawan’ selepas mendakwa tidak menerima sebarang ucapan ketika dirinya berada dalam keadaan tidak sihat.
Menerusi perkongsian di media sosial, Nadia atau nama lengkapnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi berkata, dia terkilan apabila individu berkenaan langsung tidak menunjukkan tanda keprihatinan meskipun walau hanya bertanya khabar.
“Langsung tak tanya khabar. Nak type ‘Get well soon’ pun susah kan? Sesuai lah dengan kau aku terus unfolllow.
“You are not my friend, You are my musuh dalam selimut. Minta dijauhkan lah dengan sikap manusia macam ni,” katanya ringkas.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, luahan pelakon drama rantaian Lelaki Itu nyata menarik perhatian ramai yang meninggalkan pelbagai reaksi, termasuk mereka yang bersetuju dengan tindakan Nadia menjauhkan diri daripada individu yang dianggap tidak ikhlas dalam persahabatan.



Terdahulu, menerusi satu hantaran di Threads, Nadia memaklumkan dirinya mengalami demam Influenza A hingga menyebabkan tekak berdarah, batuk serta selsema.
“Setiap hembusan nafas rasa berat. Influenza A memang tak main-main,”tulisnya pada hantaran berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Pernah Rasa Sakit Dahsyat Macam Ni, Seluruh Badan Seperti Tak Berfungsi”- Nadia Brian
ARTIKEL BERKAITAN:Dikritik Gara-Gara Mahu Lelaki Jaga Solat, Nadia Brian Sindir Netizen – “Alhamdulillah… Rupanya Yang Mengecam Semua Ahli Syurga”
ARTIKEL BERKAITAN:Dihubungi Scammer Menyamar Jadi ‘Nadia Brian’, Puteri Sarah Ditawar RM15,000 Buat Servis ‘Escort’ Datuk




