Bapa disyaki rogol anak dihadap ke mahkamah esok

Bapa disyaki rogol anak dihadap ke mahkamah esok

am@hmetro.com.my

Bentong: Lelaki yang disiasat kerana didakwa merogol anak kandung, 17 Oktober lalu akan dihadapkan ke mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek berusia 35 tahun akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Raub pada 8.30 pagi.

“Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 376A/376B Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top