Syada Amzah ‘Malas’ Fikir Soal Kahwin, Fokus Ketenangan Diri – “Bekerja Setiap Hari Bayar Bil, Satu Sen Tiada Untuk Diri Sendiri”

Syada Amzah ‘Malas’ Fikir Soal Kahwin, Fokus Ketenangan Diri – “Bekerja Setiap Hari Bayar Bil, Satu Sen Tiada Untuk Diri Sendiri”

Penyanyi, Syada Amzah tidak menafikan dirinya sering dihantui dengan persoalan bilakah dia akan menamatkan zaman bujang.

Menerusi ciapan di platform Threads, adik kepada penyanyi, Shila Amzah ini bagaimanapun mengakui dia sudah penat untuk memikirkan soal jodoh, sebaliknya bergantung kepada takdir-Nya.

“Dulu memang rasa macam ‘bila la giliran aku nak kahwin’. Tetapi sekarang, saya dah tak ambil kisah. Ada rezeki, adalah. Mungkin belum masa lagi.  Tiga, empat atau lima tahun lagu pun tak apa. Saya dah penat,” katanya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Hasrat ini mengambil pendekatan untuk lebih memetingkan ketenangan diri dan fokus kepada kerja.

“Buat masa ini saya lebih mengutamakan ketenangan dari memberi tekanan kepada diri sendiri.

“Bekerja keras setiap hari untuk membayar bil-bil yang sudah tersedia, tiada satu sen pun untuk diri sendiri, kecuali makanan.

“Saya main permainan game untuk ‘release tension’, and hanya itu saja perkara yang pemikiran saya boleh bekerja pada saat itu,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen menitipkan kata-kata sokongan kepada Syada, selain mendoakan agar dia dikirimkan jodoh terbaik.

Scroll to Top