Kuala Lumpur: Tiga wakil Malaysia, Rachel Arnold, Aifa Azman dan Aira Azman mara ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Terbuka China selepas menewaskan lawan masing-masing, hari ini.
Pada aksi yang berlangsung di Shanghai, Rachel mara selepas menundukkan wakil Hong Kong, Tong Tsz Wing 7-11, 11-7, 11-6, 12-10 dan akan bertemu Nele Gilis dari Belgium yang mendapat bye di pusingan pertama.
Aira pula mengesahkan tempat di pusingan kedua selepas menewaskan rakan senegara, Ainaa Amani Ampandi 11-6, 13-11, 11-7, sekali gus menempah pertemuan menentang Amina Orfi dari Mesir bagi mencari slot ke suku akhir.
Sementara itu kakak kepada Aira, Aifa tidak berdepan masalah menumpaskan wakil Ireland, Hannah Craig 11-9,11-2,11-7 dan dijadual bertemu pilihan ketujuh dari Mesir, Salma Hany di pusingan kedua.
© New Straits Times Press (M) Bhd




