Kekasih Ben Amir Perkenal Nama Liana Alara – “Ia Membawa Maksud Baru, Kedamaian & Cahaya”

Kekasih Ben Amir Perkenal Nama Liana Alara – “Ia Membawa Maksud Baru, Kedamaian & Cahaya”

Kekasih kepada pelakon terkenal Ben Amir akhirnya telah selamat memeluk agama Islam dan telah memilih nama sebagai simbol permulaan baharu dalam kehidupannya.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita berkenaan yang sebelum ini dikenali sebagai Maiya kini memaklumkan nama barunya iaitu, Liana Alara.

Nama yang menurutnya membawa makna yang mendalam iaitu, kedamaian dan cahaya dalam kehidupan.

“Nama Muslim saya adalah Liana Alara.

“Nama yang memberikan makna baru, kedamaian dan cahaya dalam kehidupan,” katanya.

Dalam pada itu, Liana turut meluahkan rasa syukur dan terharu atas sokongan serta kasih sayang yang diterimanya daripada orang ramai selepas mengambil keputusan tersebut.

“Hari ini sangat luar biasa dengan cara yang paling indah. Saya telah merasakan begitu banyak cinta, kebaikan, dan sokongan dari anda semua.

“Terima kasih telah menyambut saya dengan hangat ke bab baru dalam kehidupan saya.  Doa, pesanan dan pelukan anda lebih berarti daripada yang boleh diungkapkan dengan kata-kata.

“Saya benar-benar berterima kasih untuk setiap sokongan yang diberikan,” luahnya.

Terdahulu, Ben turut berkongsi berita gembira itu menerusi perkongsian di Instagram miliknya selain mengucapkan selamat datang ke agama barunya iaitu, Islam.

Menurutnya, ini adalah masa untuk kekasihnya itu belajar dan memahami keindahan agama Islam.

Malah,  menyifatkan ini adalah agama yang mendekatkan diri kepada kedamaian, tujuan serta cara untuk mengenal diri sendiri.

Scroll to Top