Ubai MZ Kongsi Pengalaman Ziarah Kubur Ibu – “Tiba-Tiba Ada Suara Orang Jawab Salam Aku…”

Ubai MZ Kongsi Pengalaman Ziarah Kubur Ibu – “Tiba-Tiba Ada Suara Orang Jawab Salam Aku…”

Personaliti media sosial yang juga suami kepada penyanyi popular Shila Amzah, Ubai MZ mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadi ketika menziarahi kubur arwah ibunya baru-baru ini.

Kata Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zukefli menerusi hantaran di Threads, dia ke tanah perkuburan seorang diri untuk menziarahi pusara ibunya. Namun, kunjungan yang pada awalnya tenang bertukar menjadi sedikit mendebarkan apabila berlaku sesuatu yang tidak disangka.

“Hari tu saya ke kubur arwah mak saya. panjang juga lah saya berborak sorang-sorang depan kubur tu.

“Lepastunak balik saya bagilah salam, tiba-tiba ada suara perempuan jawab ‘Waalaikumsalam’. Risau,” kongsinya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Ubai meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan termasuklah ada yang berkongsia pengalaman sama.

Sekadar info, ibu Ubai iaitu Rohani Jamal dilaporkan  meninggal dunia pada jam 6:45 petang , 30 Julai 2023 akibat kanser ovari.

Scroll to Top