Lalamove, platform penghantaran atas permintaan terkemuka, telah mengumumkan hasil tinjauan terbaharunya melibatkan perusahaan kecil & sederhana (PKS), yang mendedahkan bahawa 45.7% PKS mengenal pasti kos logistik yang tinggi sebagai cabaran perniagaan mereka.
Ketika tekanan ekonomi semakin meningkat, perniagaan kini beralih kepada platform penghantaran fleksibel seperti Lalamove untuk memperkemas operasi, mengurus kos dan mengekalkan kepuasan pelanggan.
Tinjauan yang dijalankan antara September dan Oktober melibatkan lebih seratus pengguna perniagaan turut menunjukkan bahawa majoriti kekal berhati-hati namun optimis terhadap prospek perniagaan negara menjelang 2026.
Malah, lebih 60% responden menyatakan keyakinan atau pandangan positif yang berhati-hati, menandakan daya tahan dan kebolehsuaian mereka berdepan inflasi serta ketegangan rantaian bekalan.
Ketelusan Harga dan Penghantaran Selamat Menjadi Keutamaan PKS

Tinjauan itu turut mendapati bahawa 62% responden menganggap perkhidmatan penghantaran sebagai ‘penting’ atau ‘sangat penting’ dalam operasi harian mereka, dengan lebih 56% menggunakan Lalamove beberapa kali seminggu. Kebergantungan yang meningkat ini mencerminkan bagaimana logistik atas permintaan membantu perniagaan kekal tangkas, terutamanya dalam sektor runcit, F&B, dan pembuatan.
Apabila diminta menyenaraikan faktor paling penting ketika memilih platform penghantaran atas permintaan, responden meletakkan harga yang telus tanpa caj tersorok sebagai keutamaan. Kemudian diikuti penghantaran yang selamat dan harga yang berpatutan menunjukkan keperluan untuk kejelasan, kebolehpercayaan dan kecekapan kos dalam landskap perniagaan yang semakin kompetitif.
Ini mencerminkan bagaimana PKS di Malaysia semakin mengadaptasi model perniagaan hibrid daripada kedai pop-up hingga ke dapur awan yang memerlukan infrastruktur penghantaran yang fleksibel dan boleh diskala.
“Kami komited untuk menyokong rakan penghantar kami yang menjadi tulang belakang ekosistem ini,” tambah Teh.
“Dengan menghubungkan perniagaan kepada kapasiti penghantaran yang boleh dipercayai, kami mewujudkan peluang untuk PKS berkembang dan pemandu menjana pendapatan mengikut syarat mereka sendiri model menang-menang yang mengukuhkan daya tahan ekonomi Malaysia.”
Mod Penghantaran Pelbagai Menunjukkan Ketangkasanan PKS

Apabila ditanya tentang jenis perkhidmatan penghantaran yang biasanya digunakan melalui Lalamove, responden menunjukkan kecenderungan tinggi terhadap motosikal dan kereta, masing-masing dipilih oleh 72% pengguna.
Menariknya, hampir 80% pengguna memilih pelbagai jenis penghantaran daripada motosikal hingga lori menunjukkan keperluan fleksibiliti mengikut permintaan. Kepelbagaian ini menonjolkan keupayaan Lalamove menyokong pelbagai keperluan penghantaran daripada penghantaran kecil dan pantas di bandar hingga penghantaran besar yang kritikal untuk perniagaan.
Sokongan Pertumbuhan PKS Menjelang Musim Puncak
Menjelang akhir tahun, musim perayaan dan acara utama tempatan dijangka merancakkan aktiviti ekonomi dan meningkatkan permintaan penghantaran dalam kalangan PKS.
Penyelesaian penghantaran fleksibel Lalamove termasuk Corporate Solutions dan Regular Order Mission membantu perniagaan mengurus lonjakan permintaan dengan lebih efisien, manakala ganjaran rebat membolehkan mereka mengawal kos dan mengekalkan pertumbuhan sepanjang musim sibuk.
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.




