PENGURUS Manchester United, Ruben Amorim dikatakan bersedia untuk melanjutkan kontrak Casemiro, tetapi hanya jika pemain itu bersetuju menerima pengurangan gaji.
Pemain tengah berpengalaman berusia 33 tahun itu kini kembali menjadi pilihan utama Amorim selepas menampilkan prestasi cemerlang musim ini.
Casemiro yang dibawa masuk dari Real Madrid dengan nilai £70 juta pada 2022 turut telah berjaya membantu memulihkan karier antarabangsa bersama Brazil.
Musim ini, Casemiro mencatat tiga gol dan satu bantuan jaringan dalam 10 penampilan Liga Perdana Inggeris.
Kehebatannya di atas padang menjadikannya antara pemain paling penting di Old Trafford dan disenangi rakan sepasukan kerana pengalaman serta sifat kepimpinannya.
Amorim mengakui kepentingan pemain itu selepas kemenangan 4-2 ke atas Brighton baru-baru ini.
“Saya rasa dia memberi banyak pengalaman. Dia contoh untuk semua.
“Pada awalnya dia berada di belakang setiap pemain tengah, tetapi dia berusaha keras dan kini kembali ke pasukan kebangsaan. Dia sangat penting untuk kami,”katanya.
Dalam pada itu, Casemiro sendiri menegaskan fokusnya adalah kepada prestasi di Manchester United dan berhasrat untuk kekal di kelab itu.
“Bola sepak adalah hidup saya. Sudah tentu saya mahu terus bermain, tetapi keluarga juga memerlukan masa untuk diri mereka.
“Saya lebih fokus pada matlamat jangka pendek dan memastikan prestasi baik di United sebelum memikirkan Piala Dunia,” katanya.
United mempunyai opsyen untuk melanjutkan kontrak Casemiro selama 12 bulan selepas kontraknya tamat pada 30 Jun ini.
Keputusan akhir dijangka bergantung kepada persetujuan pemain mengenai pengurangan gaji.
Ringkasan AI
- Ruben Amorim bersedia melanjutkan kontrak Casemiro dengan syarat pengurangan gaji
- Casemiro telah membantu memulihkan karier internasional bersama Brazil selepas berpindah dari Real Madrid dengan nilai £70 juta
- Casemiro mencatat tiga gol dan satu bantuan dalam 10 penampilan Liga Perdana Inggeris musim ini
- Dia dianggap sebagai pemain penting di Manchester United kerana kepimpinan dan pengalamannya
- Keputusan melanjutkan kontrak bergantung kepada persetujuan Casemiro mengenai pengurangan gaji



