Amelia Christie Letih Diganggu Mesej L*cah – “Upload Gambar Dekat Pantai Pun Jadi ‘Target’ Filem 18+”

Amelia Christie Letih Diganggu Mesej L*cah – “Upload Gambar Dekat Pantai Pun Jadi ‘Target’ Filem 18+”

Pelakon meningkat naik, Amelia Christie sekali lagi menjadi sasaran mesej lucah di media sosial hingga membuatkannya rasa tidak selesa.

Menerusi platform Threads, Amelia, 25, berkongsi tangkap layar memaparkan seorang lelaki membanjiri ruangan mesej (DM) berunsur gangguan seksual sebaik sahaja dia memuat naik foto sedang berada di pantai.

“Baru upload gambar, terus ada lelaki random yang rasa dia tengah buat uji bakat filem 18+. Cara dia menaip, emoji dan keyakinan dia… saya pun tak tahu nak ketawa, nak menangis atau nak block saja,” katanya.

Menurut Amelia, gangguan seperti itu sering dialami ramai wanita di media sosial.

“Perempuan memang selalu kena benda macam ni. Meletihkan. Kami cuma nak enjoy media sosial tanpa orang tak dikenali berperangai hilang adab sejak 2010,” ujarnya.

Amelia turut menyeru netizen agar lebih matang dan tahu batas terhadap wanita.

“Cakap dengan wanita dengan hormat sentiasa lebih berkesan daripada bertindak macam ‘NPC’ rosak dalam DM,” tegasnya.

Scroll to Top