Penyanyi, Syada Amzah mencuri tumpuan ramai apabila berkongsi dirinya pernah menyertai dua pertandingan nyanyian dan mempunyai sebuah single.
Namun begitu, adik kepada selebriti terkenal, Shila Amzah ini turut mempersoalkan sama ada dirinya sudah layak untuk bergelar seorang penyanyi.
“Kalau dah masuk pertandingan nyanyian dua kali, dan cuma ada satu lagu di Spotify. Saya ni dah boleh dikira sebagai seorang penyanyi ke?” soalnya.
Menjengah ke ruangan komen, ada individu yang bertanya mengenai pandangan bapanya, penyanyi era 80-an, Datuk ND Lala tentang nyanyiannya.
Syada berkata bapanya memberi sokongan 100 peratus terhadapnya dalam bidang seni.

Sementara itu, ada juga segelintir netizen yang memberikan nasihat kepada Syada untuk terus mengambil kelas vokal sekiranya benar mahu bergelar seorang penyanyi.
Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang membandingkan dirinya bersama Shila yang seorang penyanyi terkenal bukan sahaja di Malaysia, malah juga di China.





