Amira Othman Masuk Hospital, Fattah Amin Mohon Doa Buat Isteri Syurga

Amira Othman Masuk Hospital, Fattah Amin Mohon Doa Buat Isteri Syurga

Pelakon, Fattah Amin memohon doa buat kesembuhan isteri tercinta, Amira Othman.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Fattah atau nama lengkapnya, Abdul Fattah Mohd Amin, memuat naik sebuah foto memaparkannya berada di bilik wad sebuah hospital.

“Doakan isteri syurga saya,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, menjengah ke ruangan IGs Amira, pelantun lagu Rasa & Takdir ini turut memuat naik foto tangannya sedang di-drip.

“Esok kena fly, semoga sempat sihat Nadia Amira,” katanya.

Dalam pada itu, di ruangan Threads, usahawan Nurul Syaheera berkongsi tangkap layar perbualan bersama Amira yang memohon maaf kerana tidak dapat menyertai penggambaran bersama Rissa Skin di Korea buat sementara waktu.

Scroll to Top