
Polis Australia menembak mati seorang lelaki selepas dia menikam seorang lelaki lain dan mengugut seorang wanita. Gambar hiasan
SYDNEY – Polis di negeri Queensland, Australia menembak mati seorang lelaki selepas suspek menikam seorang lelaki lain dan mengugut seorang wanita pada awal pagi Selasa, lapor Xinhua.
Perkhidmatan Polis Queensland (QPS) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki ditikam di bahagian leher di sebuah jalan di bandar Caboolture, kira-kira 40 kilometer di utara Brisbane sekitar 3.42 pagi.
Suspek kemudian melarikan diri dengan berjalan kaki sebelum ditemukan tidak lama kemudian ketika sedang mengugut seorang wanita awam, menurut QPS.
Seorang anggota polis melepaskan tembakan ke arah suspek, menyebabkan lelaki itu maut di tempat kejadian.
Mangsa tikaman kini dirawat di hospital dan dilaporkan serius, manakala wanita terbabit tidak mengalami kecederaan fizikal.
QPS berkata, siasatan lanjut mengenai insiden berkenaan sedang dijalankan. – Bernama-Xinhua
Ringkasan AI
- Polis di Queensland, Australia menembak mati seorang lelaki selepas dia menikam seorang lelaki lain dan mengugut seorang wanita
- Lelaki yang ditikam tersebut kini dirawat di hospital dalam keadaan serius
- Insiden penikaman itu berlaku di Caboolture, kira-kira 40 kilometer di utara Brisbane
- Suspek ditemukan oleh polis ketika sedang mengugut seorang wanita awam sebelum ditembak mati
- Siasatan lanjut mengenai insiden tersebut sedang dijalankan



