Arif Aiman sempat main 10 saja…

Arif Aiman sempat main 10 saja…

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Harapan peminat untuk melihat aksi Arif Aiman Hanapi sehingga 90 minit tidak kesampaian apabila bintang bola sepak negara itu hanya sempat bermain 10 minit sahaja.

Ia selepas Arif Aiman dilihat terhincut-hincut di awal permainan ketika aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Enggan keadaan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu lebih buruk, pengendali negara Peter Cklamovski terpaksa mengeluarkan Arif Aiman dan memasukkan Faisal Halim.

Kemasukan Faisal menyaksikan bahagian sayap negara kembali bernyawa dengan larian-larian merbahaya dilakukan pemain Selangor FC itu.

Begitupun kedudukan tanpa jaringan kekal hingga tamat 45 minit babak pertama.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top