Kamal beri peringatan, jangan ambil kesempatan ke atas Uqasha

Kamal beri peringatan, jangan ambil kesempatan ke atas Uqasha

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon Kamal Adli memberi peringatan kepada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap isterinya, Uqasha Senrose.

Menurutnya, dia masih berstatus suami kepada pelakon terbabit sekali gus mempunyai hak sepenuhnya terhadap Uqasha.

“Saya hanya nak ‘aware’ untuk orang luarlah, di sekeliling, bukan family dia atau orang-orang yang cuba rapat dengan isteri saya. Ingat, Uqasha masih lagi isteri orang yang sah.

“Saya pula masih suami dia yang sah, wujud lagi ni. Jadi fahamkan maksud saya daripada segi hukum apa semua. Tak kisahlah siapa pun, tapi bukan berkaitan keluarga dia. Saya tak cakap,” katanya yang pada masa sama menolak kewujudan orang ketiga dalam rumah tangganya.

Kamal berkata, dia tidak mahu menggunakan simpati peminat atau perlu menggunakan khidmat orang tengah untuk memujuk isterinya.

“Kita guna prosedur betul. Kita Malaysia ini ada undang-undang, jadi semua kita guna yang saluran betul saja. Tak payah minta pendapat orang ketiga.

“Orang yang kita baru kenal, tak tahu pun siapa dia. Tiba-tiba boleh nak tahu semua. Ini hal rumah tangga saja. Biar saya dengan dia (Uqasha) yang selesaikan sebenarnya.

“Tak patut pun untuk di’share’kan dengan orang, untuk jadi orang punya bahan nak ‘judge’ (menghakimi) kita macam mana. Itu tak bagus,” katanya.

Mengulas mengenai Hawra, Kamal mendakwa dia terjumpa anaknya pada 10 November lalu.

“Paling penting tak best untuk anak saya, untuk Hawra. Jadi sekarang ini, saya hanya nak ‘fight’ untuk nak dapat jumpa Hawra sebab macam sangat lama juga tak dapat ‘spend time’ dengan dia.

“Saya harap sangat pihak isteri saya bagi kelonggaran, memudahkan kerja untuk saya nak jumpa Hawra. Saya doakan rumah tangga saya kekal sampai jannah. Sampai bila-bila insya-Allah.

“Sebab ini pun baru sangat jadi. Ramai orang lagi ‘struggle’ macam-macam dan untuk saya nak share betapa peritnya benda ini, rasanya tak adil untuk orang-orang yang lain yang dah berjuang banyak lagi dalam perkahwinan,” katanya.

Sementara itu, Peguam Syarie Abdul Hadi Mohammad Salleh yang mewakili Kamal berkata, anak guamnya sedang berusaha sehabis baik untuk menyelamatkan rumah tangganya.

“Dia tengah memanfaatkan peluang dan ruang yang ada. Tidak semestinya ia akan berakhir dengan penceraian. Ada lagi ruang untuk berusaha. Dia belum mengalah lagi,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top