Adik Uqasha Tampil Betulkan Kenyataan Kamal Adli, Dakwa Perjumpaan Memang Dirancang!

Adik Uqasha Tampil Betulkan Kenyataan Kamal Adli, Dakwa Perjumpaan Memang Dirancang!

Oh! Artis

Adik Uqasha, Dida Qiranaa, betulkan kenyataan Kamal Adli, nafi ‘terjumpa’ seperti didakwa.


Kisah rumah tangga antara Kamal Adli dan Uqasha Senrose nampaknya belum reda apabila adik kepada Uqasha, Farza Dida Qirana, tampil bersuara di media sosial bagi membetulkan kenyataan yang dibuat Kamal baru-baru ini.

Semuanya tercetus selepas laporan Kosmo! memetik Kamal berkata kali terakhir dia berjumpa anaknya, Hawra, adalah pada 10 November lalu.

BACA: “Mereka Dibawa Berjumpa Di Satu Kedai Kopi” – Uqasha Nafi Halang Kamal Adli Jumpa Anak

Lebih mengejutkan pertemuan itu berlaku secara tidak sengaja atau “terjumpa”. Namun, Dida tampil menafikan perkara tersebut dengan menyatakan bahawa pertemuan itu sebenarnya sudah dirancang lebih awal.

“Macam mana boleh ‘terjumpa’ sedangkan dah plan dengan Dida?”

Adik Uqasha

Perkongsian Dida itu mencuri perhatian ramai kerana secara tidak langsung menyangkal kenyataan abang iparnya sendiri.

Sebelum ini, Uqasha menjelaskan bahawa Kamal sebenarnya dibawa berjumpa anak mereka di sebuah kedai kopi, bukan kerana dihalang daripada berjumpa anak seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Penjelasan Dida ini turut dikongsi pelakon Nelydia Senrose di Instagram Storynya.

Pssttt! Kalau betul seperti yang dikatakan Dida, mungkin Kamal dan Uqasha perlu duduk berbincang elok-elok supaya tak timbul lagi salah faham di mata umum. Anak tetap jadi keutamaan, dan sebaiknya segala isu keluarga diselesaikan tanpa perlu dibuka di media.

Kredit: Instagram Nelydia Senrose
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top