3 Juara Masak-Masak Ceria 2025 Diumumkan, Sedia Bawa Cabaran Malaysia ke Thailand! | Branded – Oh! Media

3 Juara Masak-Masak Ceria 2025 Diumumkan, Sedia Bawa Cabaran Malaysia ke Thailand! | Branded – Oh! Media

Untuk meraikan warisan kulinari Malaysia dan menyemai bakat tempatan Lotus’s Malaysia telah menganjurkan pertandingan Masak-Masak Ceria baru-baru ini. 

Acara selama dua hari ini menghimpunkan cef profesional dan bakat muda untuk mempamerkan bakat, mempersembahkan kreativiti, inovasi dan semangat mereka dalam dunia kulinari.

Tarik lebih 120 penyertaan seluruh Malaysia

Lotus's masak masak ceria

Pertandingan ini telah menarik penyertaan 24 peserta masing-masing bagi kategori Profesional dan Cef Muda dan dianjurkan bersama Lotus’s Malaysia, Professional Culinaire Association (PCA) Malaysia, dan TAEM Academy. 

Lotus's masak masak ceria

Lebih 120 penyertaan diterima dari seluruh Malaysia di mana hanya yang terbaik bersaing untuk memikat hati juri. Acara ini mementingkan gabungan hebat kreativiti, teknik dan semangat yang mencerminkan kepelbagaian budaya kulinari Malaysia.

Selepas dua hari penuh aksi memasak dan penilaian yang sengit dari barisan juri, akhirnya pemenang diumumkan.

Pemenang kategori profesional bakal berentap di Bangkok, Thailand

Lotus's masak masak ceria

Pemenang Masak-Masak Ceria 2025 adalah:

-Kategori Profesional: Cef Muhammad Syafiq Syahmi bin Saidon

-Kategori Cef Muda: Ahmad Wafi bin Rosli

Tiga pemenang utama dari Kategori Profesional akan mewakili Lotus’s Malaysia di Thailand Ultimate Chef Challenge (TUCC) 2026 di Bangkok iaitu:

-Cef Muhammad Syafiq Syahmi bin Saidon (Juara Profesional)

-Cef Leo Wong

-Cef Yuventhiran Pillai A/L Arumugam Pillai

Bawa pulang baucar tunai Lotus’s

Juara bagi setiap kategori menerima baucar tunai Lotus’s bernilai RM3,000. Bagi tiga pemenang utama kategori Profesional pula akan bersaing di TUCC 2026. 

TUCC  merupakan pertandingan berprestij yang diiktiraf oleh World Association of Chefs’ Societies (Worldchefs). 

Pemenang akan menerima Global Culinary Certificate, pengiktirafan berprestij yang membuktikan kepakaran mereka di peringkat antarabangsa.

Platform untuk asah bakat

Lotus's masak masak ceria

Panel juri Masak-Masak Ceria terdiri daripada barisan cef terkenal Malaysia iaitu Chef KK Yau, Chef Bob Adnin, Chef Amy Beh dan Chef Arieff Khalid.

Lotus's masak masak ceria

Chef KK Yau, Pengarah Naib Benua Asia Worldchefs, berkata, “Masak-Masak Ceria oleh Lotus’s telah menetapkan penanda aras baharu bagi pertandingan kulinari tempatan. Ia menyediakan platform hebat untuk cef muda dan profesional mengasah bakat serta mendapat pendedahan di peringkat antarabangsa.”

Lotus's masak masak ceria

Lotus’s Malaysia berhasrat untuk terus menyediakan platform yang menyemai bakat kulinari tempatan, memberi lebih banyak peluang kepada cef muda dan profesional untuk menonjolkan kreativiti mereka dan mengharumkan nama Malaysia.

Lotus's masak masak ceria

Pertandingan ini juga mengukuhkan lagi peranan Lotus’s sebagai rakan runcit yang dipercayai. Dengan menggunakan bahan-bahan dari Lotus’s, para cef membuktikan kualiti serta kebolehpercayaan produk peruncit tersebut untuk kegunaan profesional yang memerlukan standard tinggi.

Acara ini turut menonjolkan sokongan Lotus’s terhadap sektor HoReCa serta komitmennya dalam memenuhi keperluan pelanggan perniagaan dan isi rumah. Barisan juri terdiri daripada tokoh-tokoh disegani dalam industri, termasuk Chef KK Yau.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti terkini di Lotus’s Malaysia, layari saluran rasmi berikut:

-Laman web: https://corp.lotuss.com.my/ 

-Facebook: https://www.facebook.com/LotussMalaysia 

-Instagram: https://www.instagram.com/lotussmalaysia 

-TikTok: https://www.tiktok.com/@lotussmalaysia 

author avatar

Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.

Scroll to Top