Lebih Berbaloi, Ini Cara Berbelanja Lebih Bijak Dengan TNG eWallet! Banyak Baucar & Tawaran Hebat Menanti | Branded – Oh! Media

Lebih Berbaloi, Ini Cara Berbelanja Lebih Bijak Dengan TNG eWallet! Banyak Baucar & Tawaran Hebat Menanti | Branded – Oh! Media

Sedar tak sedar, tahun 2025 hampir melabuhkan tirai, dan kami yakin mesti korang dah mula rancang pelbagai aktiviti bersama kawan-kawan dan keluarga betul tak? 

Bukan itu saja, waktu ini jugalah sesuai untuk kita manjakan diri, selesaikan segala bil yang tertunggak, serta buat shopping list sebab memang confirm banyak promosi akhir tahun menarik menanti! 

Tapi, dalam ekonomi sekarang, kita tak boleh lah nak main swipe saja, kita perlukan strategi! Sebab itulah, kami ajak korang menggunakan TNG eWallet, sebab korang boleh maksimakan nilai dalam setiap transaksi tau! Nak tahu macam mana, jom kami kongsikan!

TNG eWallet Bukan Sekadar Aplikasi Pembayaran Biasa

Kalau korang nak tahu, TNG eWallet bukan sekadar aplikasi untuk urusan pembayaran dan pengangkutan semata-mata. Ia juga merupakan satu ekosistem gaya hidup yang menyeluruh!

Macam mana? Menerusi TNG eWallet, korang boleh menerima pulangan tunai, tebus ganjaran, dan menikmati penjimatan harian. 

Bukan itu saja, dari urusan mengisi petrol dengan BUDI95, mendapatkan ganjaran melancong, hinggalah menguruskan pelaburan, insurans, bil, dan simpanan, semua boleh settle dalam satu aplikasi saja!

Paling penting, dalam dunia digital ni, kepercayaan itu sangat penting dan aplikasi TNG eWallet ini merupakan salah satu aplikasi dengan kebolehpercayaan yang tinggi tau. 

Senang cerita, dengan menggunakan aplikasi ini, ia adalah salah satu cara yang lebih bijak untuk korang berbelanja sebab semua nilai dimaksimakan dalam satu aplikasi! 

Nikmati Diskaun Bernilai Sehingga RM2.9 Juta Dengan TNG eWallet 

Memandangkan sekarang ni memang tengah banyak promosi jualan akhir tahun, of course TNG eWallet nak manjakan korang lagi dengan diskaun yang cukup berbaloi! 

TNG eWallet hadir dengan Online Super Sale di mana korang berpeluang untuk menikmati diskaun hebat bernilai sehingga RM2,900,000 tau! Wow! 

Selain itu, mereka juga dah sediakan siap-siap baucar percuma khas untuk korang! Antaranya: 

Lazada: potongan RM5 dengan perbelanjaan minima RM50

Legoland: diskaun 40% untuk semua tiket masuk bagi pemegang kad pengenalan Malaysia

Watsons: jimat RM8 untuk perbelanjaan minima RM120

Tealive: potongan RM5 dengan perbelanjaan minima RM25

TikTok Shop: potongan RM2 untuk perbelanjaan minima RM50

Bask Bear: jimat RM2 dengan perbelanjaan minima RM13

Google & Apple: potongan RM3 dengan perbelanjaan minima RM5 bagi setiap jenama 

Bukan itu saja, kalau korang dah biasa menggunakan aplikasi ini, jangan biarkan mata GOrewards begitu saja! Tebus mata terkumpul untuk penjimatan yang lebih berbaloi! Antara deals popular yang korang boleh tebus adalah: 

ZUS Coffee: diskaun sehingga RM10

Domino’s Pizza: beli 1 percuma 3

Pizza Hut: potongan RM10

Guardian: potongan RM5

Skechers: potongan RM65

Chagee: potongan RM4

Haagen-Dazs: diskaun 50% untuk double scoop yang kedua

7-Eleven: pulangan tunai sehingga RM2

4Fingers: percuma 1 ketul drumstick dengan sebarang pembelian kombo

Al-Ikhsan: diskaun sehingga RM15

Fuhh, banyaknya tawaran! Ruginya kalau korang tak menggunakan aplikasi TNG eWallet ni! 

Cabutan Bertuah & Spin The Wheel, Peluang Menang Hadiah Lumayan!

Tak cukup dengan ganjaran dan tawaran, korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan menerusi: 

Cabutan Bertuah: bawa pulang gajet seperti iPad Air M2 dan Honor 90, atau reload PIN bernilai RM800

Spin the Wheel: menangi reload PIN sehingga RM1,111

Bestkan? Sebab itulah kami kata dengan menggunakan aplikasi TNG eWallet ni, korang boleh memaksimakan nilai dalam setiap transaksi yang korang lakukan. Barulah jimat berbelanja namanya!

Kalau korang belum ada aplikasi TNG eWallet, cepat muat turun sekarang okay dan nikmati kesemua tawaran hebat ini!

author avatar

Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Scroll to Top