Pelakon Sharnaaz Ahmad berseloroh memberi amaran kepada golongan berstats duda agar tidak tidak terjebak dengan trend lagu Jamilah.
Menerusi hantaran di Insta Story, Sharnaaz berkata siapa yang tertangkap melakukan trend berkenaan akan disenarai hitam dan digugurkan dari Persatuan Duda-Duda Malaysia (PDDM).
BACA: “Sharnaaz Muka Saja Garang, Tapi Sebenarnya Dia ‘Sweet’” – Shukri Yahaya

“Kepada semua ahli dan prospek PDDM. Sesiapa yang tertangkap buat video Jamilah itu, anda akan digugurkan dan disenarai hitam serta-merta dari persatuan,” katanya.
Sementara itu, Sharnaaz berkata golongan duda tidak sepatutnya terjebak melakukan trend berkenaan kerana tidak mahu dilihat seperti terdesak.




